📍 UCSI Hospital, Port Dickson

Pusat Pakar Mata dengan Teknologi ZEISS Tercanggih
Dapatkan rawatan mata yang lengkap, selamat dan menggunakan teknologi pembedahan terkini bersama pakar berpengalaman kami. Penglihatan lebih jelas bermula di sini — WhatsApp kami sekarang untuk temujanji.
Pembedahan Mata Profesional
Satu-satunya pusat mata dengan bilik bedah sendiri di kawasan sekitar anda.
Teknologi Laser Vision Terkini
Antara 5 pusat di Malaysia yang tawarkan prosedur berteknologi tinggi.
Teknologi ZEISS Premium
Mesin diagnostik dan pembedahan tercanggih untuk ketepatan dan keselamatan maksimum.









Tawaran pakej kami

Rawatan Femto-LASIK
Femto-LASIK ialah prosedur pembetulan penglihatan yang canggih dan selamat, menggunakan laser Femtosecond tanpa pisau untuk membentuk flap kornea, diikuti pembetulan dengan laser Excimer. Rawatan ini disesuaikan mengikut keperluan dan struktur mata setiap pesakit.
Antara kelebihan:
- Pembentukan flap yang lebih tepat
- Kurang ketidakselesaan
- Pemulihan lebih cepat
- Risiko komplikasi yang lebih rendah
- Rawatan yang sangat boleh disesuaikan

Rawatan Katarak Mata
Pembedahan Katarak ialah prosedur untuk membuang kanta mata yang keruh dan menggantikannya dengan kanta tiruan yang jernih. Ia dilakukan secara selamat dan berkesan, biasanya mengambil masa kurang dari 30 minit dan tidak menyakitkan.
Kelebihan Rawatan Katarak:
- Penglihatan lebih jelas dan terang
- Prosedur cepat dan tidak menyakitkan
- Masa pemulihan yang singkat
- Meningkatkan kualiti hidup harian
- Pilihan kanta premium untuk keperluan khusus
Tentang Kami
Dr Ikmal Kamil
Dr. Ikmal memberi tumpuan kepada prosedur katarak dan refraktif, dengan menawarkan pilihan pembedahan terkini seperti kanta intraokular premium, kanta lekap fakik implan (IPCL), serta pembetulan penglihatan laser (LASIK & SMILE® Pro). Beliau komited terhadap ketepatan dan penjagaan berfokuskan pesakit, dan merawat pelbagai keadaan mata termasuk katarak, glaukoma, ketumbit (chalazion), selaput mata (pterygium), serta penyakit mata akibat diabetes.
Dr. Ikmal juga aktif dalam pendidikan kesihatan awam dan pembangunan profesional, dengan hasrat untuk terus meningkatkan standard penjagaan mata di rantau ini.

Kenapa kami
Kenapa Anda Perlu Memilih Kami

Pakar Berpengalaman
Diterajui oleh Dr. Muhammad Ikmal bin Mohamad Kamil, pakar oftalmologi yang berkemahiran tinggi dengan kepakaran khas dalam pembedahan refraktif, pengurusan katarak dan masalah retina. Pasukannya dilatih secara menyeluruh untuk menangani pelbagai masalah kesihatan mata.

Penjagaan Mata Menyeluruh
Daripada penjagaan mata kanak-kanak hinggalah ke rawatan laser dan prosedur pembedahan lanjutan, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan semua peringkat umur.

Teknologi Terkini
Kami menggunakan teknologi diagnostik dan rawatan terkini bagi memastikan penilaian yang tepat serta penyelesaian berkesan untuk keadaan seperti rabun pembiasan, glaukoma, penyakit mata akibat diabetes, katarak dan banyak lagi.

Penyedia Penjagaan Kesihatan
Sebagai sebahagian daripada Hospital UCSI, kami mengekalkan piawaian penjagaan perubatan yang tertinggi — menawarkan rawatan yang selamat, boleh dipercayai dan profesional dalam persekitaran yang selesa serta mesra.
Kelebihan kami
Antara Jenis Rawatan yang Kami sediakan
Kami pakar dalam Femto-LASIK & Pembedahan Katarak, menggunakan peralatan canggih dari ZEISS untuk hasil yang lebih tepat, selamat dan pantas.

Zeiss machine - Hanya 5 unit di malaysia
Memperkenalkan ZEISS SMILE® Pro
Kami berbangga menawarkan teknologi terkini dalam pembedahan refraktif — ZEISS SMILE® Pro.
Menggunakan ZEISS VISUMAX 800, laser femtosecond yang canggih ini direka khas untuk membetulkan rabun jauh (myopia) dan astigmatisme dengan tahap ketepatan, kelajuan dan keselesaan yang tiada tandingan.

Femto-LASIK
Alami Penglihatan Jelas dengan LASIK
LASIK (Laser-Assisted in Situ Keratomileusis) merupakan salah satu pilihan pembedahan refraktif yang paling popular dan berkesan untuk membetulkan masalah penglihatan seperti rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia) dan astigmatisme.
Di Pusat Pakar Mata UCSI, kami berbangga menawarkan penyelesaian pembetulan penglihatan yang terkini dengan menggabungkan teknologi tercanggih daripada ZEISS:
Laser femtosecond ZEISS VISUMAX 800 dan Laser Excimer ZEISS MEL 90.

Advanced Surface Ablation (ASA)
Lihat Dunia dengan Lebih Jelas melalui Pembedahan Mata Advanced Surface Ablation (ASA)
Melangkah ke Dunia Lebih Jelas Tanpa Cermin Mata atau Kanta Lekap!
Sudah bersedia untuk tinggalkan gangguan berterusan akibat cermin mata dan kanta lekap?
Pembedahan mata Advanced Surface Ablation (ASA) ialah solusi moden dan selamat untuk membetulkan penglihatan anda dengan mudah. Sama ada anda mengalami rabun jauh, rabun dekat, atau astigmatisme, ASA membantu anda melihat dunia dengan lebih terang dan jelas.

ZEISS Presbyond®
Temui Semula Penglihatan Jelas dengan ZEISS PRESBYOND®
ZEISS PRESBYOND® Laser Blended Vision merupakan solusi terkini untuk masalah presbiopia, iaitu keadaan semula jadi yang berlaku seiring peningkatan usia dan menyebabkan penglihatan dekat menjadi kabur.
Prosedur laser canggih ini menggabungkan kelebihan LASIK dengan rawatan yang disesuaikan bagi memberikan penglihatan yang jelas pada semua jarak — dekat, pertengahan, dan jauh.
Anda ada masalah seperti ini?
Antara masalah yang boleh dirawat

Pemeriksaan Mata Komprehensif

Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak

Penyakit Diabetik dan Saraf Mata

Rawatan Mata Kering

Rawatan Glaukoma

Pembedahan Katarak

Femto-LASIK

Pembedahan Selaput Mata bersama Graf

Laser YAG dan PRP

Suntikan Anti-VEGF

Pertukaran Kanta Refraktif

Implan Kanta Lekap dalam Mata































































Doktor Kami
DR. Muhammad Ikmal Bin Mohamad Kamil
MMC No. 65348 | NSR No. 141144
Pengalaman Jabatan Oftalmologi
Hospital USM
HAT Mizan
Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
Hospital Queen Elizabeth, Sabah
IIUM
Pusat Pakar Mata Bangi
UCSI Hospital
Dr. Muhammad Ikmal bin Mohamad Kamil ialah Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Mata di UCSI Hospital, dengan lebih sedekad pengalaman klinikal sejak tahun 2016.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Kaherah, Mesir, Ijazah Sarjana Perubatan (Oftalmologi) dari Universiti Sains Malaysia (USM), serta telah melengkapkan latihan khusus dalam pembedahan refraktif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
0 +
Tahun Pengalaman
0 +
Pesakit Berjaya Pulih
0 #
Strategik Di Malaysia
Testimonials
Apa yang Pelanggan Kami Kata
Google Review Dari Pelanggan Kami
EXCELLENT Based on 44 reviews Muhammad Wazizi2025-08-07Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Mak saya mendapat rawatan mata di sini dengan doktor Ikmal. . Sangat cepat Dan servis doktor Dan nurse sangat terbaik. Mohd Fauzi Alias2025-08-01Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Saya buat pembedahan katarak (Dr Ikmal UCSI). Proses sangat lancar dan service bagus. Staf semua ramah. Highly recommend! Fadlhlin Ilyana2025-08-01Trustindex verifies that the original source of the review is Google. I had a wonderful experience with Dr. Ikmal. He took the time to listen to my concerns, explained the diagnosis in a way that was easy to understand, and handled the treatment with great care and expertise. I truly appreciate his dedication and would not hesitate to recommend her to anyone needing eye treatment. Thankyou to 2A team also!!! Ibrahim Shamshul Qamar Ali2025-07-19Trustindex verifies that the original source of the review is Google. My wife, Mimi Masura, recently visited Dr. Ikmal at UCSI Specialist Eye Clinic after experiencing blurred vision following a bout of conjunctivitis. From the very beginning, Dr. Ikmal was incredibly courteous and welcoming, which immediately put us at ease. He took the time to listen attentively to Mimi’s concerns, explained the condition clearly and provided a thorough examination with a calm and professional manner. His accommodating approach and genuine care made a significant difference in the overall experience. It’s not often you come across a doctor who combines such professionalism with warmth and kindness. We’re truly grateful for the excellent care provided. Highly recommended for anyone seeking quality eye care in a comfortable and reassuring environment. Muhamad Zaki Bin Md Sabri2025-07-17Trustindex verifies that the original source of the review is Google. "Alhamdulillah, excellent service from Eye Specialist Dr. Ikmal and Optometrist Hafiz. Cataract surgery for my father went very well, and the results were very satisfying. The place is comfortable and the appointment time was convenien Rebekah Kaur2025-07-11Trustindex verifies that the original source of the review is Google. I did my femto lasik procedure on 10th July 2025 with Dr Ikmal at UCSI Hospital. My entire experience from pre-consultation, procedure and post-consultation was done very professionally, with care, compassion and commitment. UCSI hospital is one of the five hospitals in Malaysia which has the latest equipment to do this procedure. I am very grateful to Dr Ikmal and his team for giving me my spectacle-free vision and a life that seems more care free and unrestricted. He was very articulate and humble in explaining the entire procedure to me from the first day I visited him and every step of the way. The price was reasonable too. I am very happy to have done this procedure with Dr. Ikmal. I definitely came to the right place. rohana tukiman2025-07-07Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Emak saya ada masalah mata. So saya pon mencari d google Dan dptemukan dgn Dr.Ikmal from Ucsi hospital. Alhamdulillah..sumenye dpemudahkan..pagi check mata,ptg doc dh trs buat operation utk buang selaput mata.sy pon x sangka dlm 1 hari emak Sy dh selamat buat sumenye.xperlu nk stay kt hosp. Doc pon sgt2 baik.kos utk operation pon sgt2 berbaloi.. skrg pglihatan emak Sy dh sgt jelas Dan xperlu nak pkai cermin mata utk rabun jauh..juz gune utk membaca saje.alhamdulillah..terima kasih sgt2 Dr.ikmal and team..syabas..sgt2 recommended klu sape2 nak dptkn treatment utk mata ni..mst puas ATI. Thanabala Murugan Arumugam2025-07-02Trustindex verifies that the original source of the review is Google. I am very happy with Dr Ikmal and team Good explaination Really spend time to brief about the eye condition Will recommend to others












Anda ada masalah mata?
Jangan Biarkan Masalah Mata Anda. Dapatkan Rawatan LASIK Bertaraf Pakar Dengan Kami.
Masa Untuk Ubah Cara Anda Melihat Dunia. Whatsapp kami Untuk Rawatan Sekarang
- Bilik pembedahan sendiri & privasi
- Teknologi terkini ZEISS – Hanya 5 unit sahaja di seluruh Malaysia
- Femto-LASIK & SMILE® Pro yang selamat dan tepat
- Doktor pakar berpengalaman


Soalan Lazim (FAQ)
Adakah pusat ini mempunyai bilik pembedahan sendiri?
Ya. Kami merupakan satu-satunya pusat pakar mata di kawasan ini dengan kemudahan bilik pembedahan sendiri — memberikan keselesaan, keselamatan dan kecekapan rawatan kepada pesakit.
Adakah pembedahan lasik dan katarak di sini selamat?
Sangat selamat. Kami menggunakan teknologi terkini dari ZEISS, jenama antarabangsa yang terkenal dengan ketepatan dalam bidang perubatan mata.
Siapakah yang sesuai menjalani rawatan Femto-LASIK atau SMILE® Pro?
Individu berumur 18 tahun ke atas dengan penglihatan stabil dan tidak mempunyai penyakit mata serius. Pemeriksaan awal akan dijalankan untuk menentukan kesesuaian.
Dari kawasan mana pesakit boleh mendapatkan rawatan di sini?
Kami menerima pesakit dari Port Dickson, utara Melaka, selatan Selangor, Bandar Sri Sendayan, Seremban dan kawasan sekitarnya.