Pembedahan Katarak & Prosedur Pembetulan Penglihatan Laser

📍 UCSI Hospital, Port Dickson

Pusat Pakar Mata dengan Teknologi ZEISS Tercanggih

Dapatkan rawatan mata yang lengkap, selamat dan menggunakan teknologi pembedahan terkini bersama pakar berpengalaman kami. Penglihatan lebih jelas bermula di sini — WhatsApp kami sekarang untuk temujanji.

Pembedahan Mata Profesional

Satu-satunya pusat mata dengan bilik bedah sendiri di kawasan sekitar anda.

Teknologi Laser Vision Terkini

Antara 5 pusat di Malaysia yang tawarkan prosedur berteknologi tinggi.

Teknologi ZEISS Premium

Mesin diagnostik dan pembedahan tercanggih untuk ketepatan dan keselamatan maksimum.

Senarai Panel Berkaitan

Tawaran pakej kami

Rawatan Femto-LASIK

Femto-LASIK ialah prosedur pembetulan penglihatan yang canggih dan selamat, menggunakan laser Femtosecond tanpa pisau untuk membentuk flap kornea, diikuti pembetulan dengan laser Excimer. Rawatan ini disesuaikan mengikut keperluan dan struktur mata setiap pesakit.

Antara kelebihan:

Rawatan Katarak Mata

Pembedahan Katarak ialah prosedur untuk membuang kanta mata yang keruh dan menggantikannya dengan kanta tiruan yang jernih. Ia dilakukan secara selamat dan berkesan, biasanya mengambil masa kurang dari 30 minit dan tidak menyakitkan.

Kelebihan Rawatan Katarak:

Tentang Kami

Dr Ikmal Kamil

Dr. Ikmal memberi tumpuan kepada prosedur katarak dan refraktif, dengan menawarkan pilihan pembedahan terkini seperti kanta intraokular premium, kanta lekap fakik implan (IPCL), serta pembetulan penglihatan laser (LASIK & SMILE® Pro). Beliau komited terhadap ketepatan dan penjagaan berfokuskan pesakit, dan merawat pelbagai keadaan mata termasuk katarak, glaukoma, ketumbit (chalazion), selaput mata (pterygium), serta penyakit mata akibat diabetes.

Dr. Ikmal juga aktif dalam pendidikan kesihatan awam dan pembangunan profesional, dengan hasrat untuk terus meningkatkan standard penjagaan mata di rantau ini.

Kenapa kami

Kenapa Anda Perlu Memilih Kami

IMG_0521_result

Pakar Berpengalaman

Diterajui oleh Dr. Muhammad Ikmal bin Mohamad Kamil, pakar oftalmologi yang berkemahiran tinggi dengan kepakaran khas dalam pembedahan refraktif, pengurusan katarak dan masalah retina. Pasukannya dilatih secara menyeluruh untuk menangani pelbagai masalah kesihatan mata.

IMG_0456_result

Penjagaan Mata Menyeluruh

Daripada penjagaan mata kanak-kanak hinggalah ke rawatan laser dan prosedur pembedahan lanjutan, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan semua peringkat umur.

IMG_0446_result

Teknologi Terkini

Kami menggunakan teknologi diagnostik dan rawatan terkini bagi memastikan penilaian yang tepat serta penyelesaian berkesan untuk keadaan seperti rabun pembiasan, glaukoma, penyakit mata akibat diabetes, katarak dan banyak lagi.

IMG_0390_result

Penyedia Penjagaan Kesihatan

Sebagai sebahagian daripada Hospital UCSI, kami mengekalkan piawaian penjagaan perubatan yang tertinggi — menawarkan rawatan yang selamat, boleh dipercayai dan profesional dalam persekitaran yang selesa serta mesra.

Kelebihan kami

Antara Jenis Rawatan yang Kami sediakan

Kami pakar dalam Femto-LASIK & Pembedahan Katarak, menggunakan peralatan canggih dari ZEISS untuk hasil yang lebih tepat, selamat dan pantas.

Zeiss machine - Hanya 5 unit di malaysia

Memperkenalkan ZEISS SMILE® Pro 

Kami berbangga menawarkan teknologi terkini dalam pembedahan refraktif — ZEISS SMILE® Pro.

Menggunakan ZEISS VISUMAX 800, laser femtosecond yang canggih ini direka khas untuk membetulkan rabun jauh (myopia) dan astigmatisme dengan tahap ketepatan, kelajuan dan keselesaan yang tiada tandingan.

Femto-LASIK

Alami Penglihatan Jelas dengan LASIK

LASIK (Laser-Assisted in Situ Keratomileusis) merupakan salah satu pilihan pembedahan refraktif yang paling popular dan berkesan untuk membetulkan masalah penglihatan seperti rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia) dan astigmatisme.

Di Pusat Pakar Mata UCSI, kami berbangga menawarkan penyelesaian pembetulan penglihatan yang terkini dengan menggabungkan teknologi tercanggih daripada ZEISS:
Laser femtosecond ZEISS VISUMAX 800 dan Laser Excimer ZEISS MEL 90.

Advanced Surface Ablation (ASA)

Lihat Dunia dengan Lebih Jelas melalui Pembedahan Mata Advanced Surface Ablation (ASA)

Melangkah ke Dunia Lebih Jelas Tanpa Cermin Mata atau Kanta Lekap!

Sudah bersedia untuk tinggalkan gangguan berterusan akibat cermin mata dan kanta lekap?
Pembedahan mata Advanced Surface Ablation (ASA) ialah solusi moden dan selamat untuk membetulkan penglihatan anda dengan mudah. Sama ada anda mengalami rabun jauh, rabun dekat, atau astigmatisme, ASA membantu anda melihat dunia dengan lebih terang dan jelas.

ZEISS Presbyond®

Temui Semula Penglihatan Jelas dengan ZEISS PRESBYOND®

ZEISS PRESBYOND® Laser Blended Vision merupakan solusi terkini untuk masalah presbiopia, iaitu keadaan semula jadi yang berlaku seiring peningkatan usia dan menyebabkan penglihatan dekat menjadi kabur.

Prosedur laser canggih ini menggabungkan kelebihan LASIK dengan rawatan yang disesuaikan bagi memberikan penglihatan yang jelas pada semua jarak — dekat, pertengahan, dan jauh.

Anda ada masalah seperti ini?

Antara masalah yang boleh dirawat

Pemeriksaan Mata Komprehensif

Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak

Penyakit Diabetik dan Saraf Mata

Rawatan Mata Kering

Rawatan Glaukoma

Pembedahan Katarak

Femto-LASIK

Pembedahan Selaput Mata bersama Graf

Laser YAG dan PRP

Suntikan Anti-VEGF

Pertukaran Kanta Refraktif

Implan Kanta Lekap dalam Mata

Doktor Kami

DR. Muhammad Ikmal Bin Mohamad Kamil

  • MBBCh (Egypt)
  • MMed (Ophthalmology) (USM)
  • Refractive Surgery Training (IIUM)
  • MMC No. 65348 | NSR No. 141144

    Pengalaman Jabatan Oftalmologi

    • Hospital USM

    • HAT Mizan

    • Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

    • Hospital Queen Elizabeth, Sabah

    • IIUM

    • Pusat Pakar Mata Bangi

    • UCSI Hospital

    Dr. Muhammad Ikmal bin Mohamad Kamil ialah Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Mata di UCSI Hospital, dengan lebih sedekad pengalaman klinikal sejak tahun 2016.

    Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Kaherah, Mesir, Ijazah Sarjana Perubatan (Oftalmologi) dari Universiti Sains Malaysia (USM), serta telah melengkapkan latihan khusus dalam pembedahan refraktif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    0 +

    Tahun Pengalaman

    0 +

    Pesakit Berjaya Pulih

    0 #

    Strategik Di Malaysia

    Testimonials

    Apa yang Pelanggan Kami Kata

    Google Review Dari Pelanggan Kami

    Anda ada masalah mata?

    Jangan Biarkan Masalah Mata Anda. Dapatkan Rawatan LASIK Bertaraf Pakar Dengan Kami.

    Masa Untuk Ubah Cara Anda Melihat Dunia. Whatsapp kami Untuk Rawatan Sekarang

    IMG_0431_result
    IMG_0395_result

    Soalan Lazim (FAQ)